Followers

Saturday, March 19, 2011

biar buat kerana ALLAH bukan buat kerana terpaksa!!!!!!!!!!


Assalamualaikum
Ada sapa-sapa tak yang tak setuju dengan tajuk entry aku ni. kalau ada yang tak setuju sila lapurkan di komen dengan segera. Ekceli aku baru je terjah satu blog ni. tak payah tanya blog mana. kunk aku kena marah pulak dengan follower dia.

glamer ke blog tu?

entah la. tak tau la glamer ke tak.biasa-biasa je kot. tengok follower lebih kurang aku je. komen pun tak banyak. aku pun baru lagi dalam dunia blog ni. nak cakap lebih-lebih pun tak berani.
<ceh, macam la komen yang aku dapat banyak sangat>

bukan nak cerita pasal blog tu glamer ke, cantik ke, tapi nak cerita pasal entry yang dia tulis. mengata wanita-wanita yang tidak bertudung. bab-bab macam ni aku agak sensitap sikit. sebenarnya setiap perkaara yang dilakukan kena ada keihklasan hati yang dibuat kerana ALLAH. bukan kerana desakan atau paksaan orang sekeliling. memang la harga tudung sekarang ni 5 hengget pun boleh dapat.tapi kalau tudung 5 hengget yang dipakai oleh mereka yang ikhlas memakainya berbanding mereka yang pakai tudung harga 250 hengget tapi tanpa rasa ikhlas di hati buat apa!!!!!!!!

setiap perbuatan kita sebagai umat Islam biar lah dilakukan kerana ALLAH. bukan kerana terpaksa. bila kita lakukan sesuatu benda tu kerana terpaksa ibarat perbuatan yang kita buat tu tak ikhlas, macam perbuatan yang sia-sia je. betul ke tak pe yang aku kata ni??? kunk ada pulak yang kata opinion yang sangat salah. sapa yang tak setuju atau rasa apa yang aku aku tulis ni salah sila tinggalkan pandangan korang tu di ruang komen.

selalunya mereka yang tidak bertudung akan ditanya:

kenapa tak pakai tudung?

merka pun akan menjawab:

seru tak sampai lagi la.

memang ada yang tak boleh terima ayat seru tak sampai lagi la sebagai alasan kenapa tidak bertudung. macam yang aku katakan tadi la, setiap perbuatan kita biarlah dengan ikhlas dan kerana ALLAH. 

aku bukan nak menyokong amalan tidak memakai tudung, tapi bila aku baca entry kat blog tu rasa macam terkejut dengan kenyataan yang diberikan. lepas tu siap mengata cara pemakaian tudung seorang artis ni. aku mengaku memang peminat artis ni. tapi tak la fanatik. setakat suka-suka lagu dia je. bagi aku biar la dia pakai tudung terjembul rambut pun. memang akan ada yang kata dia memperlekehkan perkara yang baik. mungkin itu langkah pertama dia untuk berubah.

lebih baik kita fikir cara yang terbaik untuk mempertingkatkan amal ibadat kita pada ALLAH dari memikirkan hal dosa pahala orang lain. dia nak pakai tudung ke, nak pakai bikini ke, itu hak masing-masing. kita yang sebagai orang ISLAM ni sama-sama la berdoa semoga terbuka pintu hati orang yang tidak bertudung tu untuk berubah.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

p/s: mentality orang malaysia: buat baik kena kata, buat jahat apatah lagi.

15 comments:

  1. >__< agak terasa...

    bukan hak dia nk menilai ssorg. hnya Allah yg layak menilai or menghitung amalan ssorg itu.

    harap orang itu boleh perbaiki mulut dia. Allah bg mulut untuk beribadat kepadanya, bukan mencaci insan lain

    :(

    ReplyDelete
  2. thanks..lawat & follow blog.e-day?? bestnyer.semoga segalanya brjalan dgn lancar k..sweetlurve dear!

    P/S:..mood sedey lg coz dah broke engagement..xde jodoh.

    ReplyDelete
  3. @Miss Shikio
    huhuhu....org yg pakai tudung pon tsentap gak ni...hik3..
    xpew2..phm..ag pon pnh alami..
    betul 2..kalo pakai tdung labuh tapi mulut bagai xguna jgk...sptot diorg ni la bg cnth yg baik bkn ag mengata...

    ReplyDelete
  4. @L@dyKichiMachiko
    welcome...
    thx yunk...
    sabr k..
    may be ada ag yg tbaik bbnding dgn yg lepas.jgn sedey2 yer....

    ReplyDelete
  5. sabo je lah.. yang penting dah nasihat.. yang lain tu urusan diorang.. per per biar iklas

    ReplyDelete
  6. waw entry ..heheh eja link ye dtg la tgk http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/03/tutorial-utk-memudahkan-org-komen-blog.html

    ReplyDelete
  7. hi sue..tpic yang best.hehehe..citer pasal pakai tudung ngan xpakai tudung tu ikut atas orang..citer by exprience aku penah jmpa orang yang x pakai tudung tp perangai dia 100x kali elok dari "sesetengah" orang yang pakai tudung nie..sbb itu laa aku xpenah judge perempuan yang aku jmpa based on pakai tudung ke x..hehehe..

    p/s : golongan "sesetengah" tu laa yang selalu buat orang lain salah anggap kepada wanita yang pakai tudung..

    ReplyDelete
  8. bukan ke bertudung tu wajib bagi orang pompuan??nak tak nak hang kena pakai jugak...kena jugak tutup.panas ka..sejuk ka..tetap kena pakai.kalau tak sampai seru,pakai jugak sebab itu yang wajib.kenapa bila orang tu tak sembahyang kita rasa.."la..tak sembahyang..tak takut ka..?"
    tapi bila tak pakai tudung,kita kata.."tak pa la..dia tak sampai seru lagi.."OMG..sangat aneh la orang islam sekarang...

    ReplyDelete
  9. @A'IM
    yup..setiap perbuatan kita kena ikhlas n tserh pd diorg utk plih jln mna yg tbaik...

    ReplyDelete
  10. @Mr Strider
    yup..don't judge the book by it's cover...kdg2 ada yg bselindung dsebalik tudung labuh tu.muka suci baaik je..tapi perangai mengalahkan jin jembalang.
    p/s:sorry kalo ada yg terasa. pnh dgr student sbuah ipt yg btudung labuh, tp memboyot mbawa perut hasl hbgan luar nikah..pe cer????

    ReplyDelete
  11. @diana
    k.lang, ibarat k.lang tnaikan kewajipan sbg isterila.slma ni klang buat 1-1 kwajipan k.lang tu sbb terpaksa/dah tanggungjawab/sbb kewajipan????
    let see as tanggungjawab.dlm k.lang buat tgjwab k.lang tu, k.lang x ikhlas..sia-sia je pe yg k.lang buat 2..ibarat kes tdung ni la..dh la xikhlas,buat smata-mata sbb tpaksa..buat tmbh dosa je.mmg la pakai tudung tu wajib bg perempuan, tp kalo btudung sebab tpaksa, ikot trend,bkn ke tu dh perbuatan yg sia-sia.pe yg kita buat biarla iklas.bkn sbb nk dpt pujian sdgkn pd hakikatnya x iklas...

    ReplyDelete
  12. eija..
    tanggungjkawab seorang isteri tu'melayan suami'itu wajib.ikhlas atau tak tetap kena layan..sembahyang itu wajib..nak tak nak tetap kena buat.pernah dengar orang kata."malas la nak sembahyang..buat apa sembahyang kalau tak ikhlas..:pernah??kalau pernah sah2 kita suruh dia buka balik kitab..pakai tudung..itu jugak wajib.kenapa kita boleh berkompromi bila bab bertudung tapi tidak pada sembahyang..??

    ReplyDelete
  13. chup!!lagi satu..
    mana tau kalau kita bertudung sebab orang paksa dan terpaksa,kita dapat dosa??
    meh habaq ustaz mana yang ajaq tu???
    bukan kita untuk tentukan setiap amalan kita harus diberi dosa atau pahala..kita buat saja lah apa yang DIA suruh..itu sahja kita kena buat.
    jangan sesekali kita pertikaikan ikhlas atau tidak..yang penting buat apa2 niat lah kerana ALLAH.tak kan kita nak kata."aku tak pakai tudung kerana ALLAH..
    sekian...

    ReplyDelete
  14. @diana

    Dr. Yusuf Qardhawi menulis:

    Allah tidak menerima satu amal pun tanpa disertai keikhlasan. Keikhlasan tidak sempurna kecuali disertai niat yang tulus, semata kerana Allah, terlepas dari noda dan kecenderungan peribadi mahupun duniawi. Dengan kata lain manusia harus melepaskan kata hatinya, yang bererti harus bergantung kepada Rabbnya.

    Maksud ikhlas ialah seseorang itu hanya menghendaki keredaan Allah semata-mata bagi sesuatu amal yang dilakukannya. Tidak ada maksud yang lain untuk melakukan sesuatu amal kecuali kerana Allah dan demi hari akhirat.Tidak ada noda mencampuri sesuatu amal, seperti kecenderungan kepada dunia, untuk kepentingan diri, kerana kedudukan, harta benda, supaya dihormati oleh orang ramai, tidak ingin dicela, kesombongan yang terselubung, atau kerana alasan-alasan lain yang tidak terpuji – yang intinya menghendaki sesuatu selain daripada Allah. Landasan amalan yang ikhlas ialah memurnikan niat kerana Allah.

    http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-menunaikan-umrah-09-konsep.html

    http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-menunaikan-umrah-09-konsep_11.html

    http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-menunaikan-umrah-09-konsep_7946.html

    ReplyDelete