Followers

Wednesday, May 11, 2011

ada apa dengan 12 may??????-----># 1


Assalamualaikum...
Hye semua, entry ditulis ketika jam menunjukkan angka 1:40 AM.---->baru ni nak publish!!! huh..bukan pe, smlm tertidur depan lappy..ngeh3...badan rasa sangat penat... may be sebab seharian drive dari batu gajah----bota----bruas----pantai remis----batu gajah. fuhhh...hari ni betul-betul jadi driver kepada Dato' Hj. Zabidi & Datin Hjh. Raja Pah ----> ayah n mama saya lor.sebelum ni tak pernah lagi drive sorang2 jauh macam ni. ayah akan drive juga separuh jalan.ermmm.... Disebabkan sekarang musim panas dan tak sanggup nak duduk kat rumah, so kami bertiga pun keluar berjalan-jalan. Orang lain berhempas pulas bekerja kami tiga beranak pi jalan-jalan. waaahhh...alangkah bagusnya kalau hari hari macam ni..------bukan nak cerita pasal pi jalan-jalan ni....nak story sikit pasal 12 May....

Hari ni dah 11 May 2011..esok pula dah 12 May. Bulan May memang banyak tarikh untuk mengenang jasa seseorang...eh banyak ke? Hari Ibu dengan Hari Guru je kan?? Mana banyak pun, 2 je.. Hari ibu 8 May, Hari Guru 16 May.. 

Ermmm....Sedar tak @ tau tak yang 12 May juga merupakan tarikh untuk menghargai sebuah profession yang jarang-jarang orang nak ingat. bila dah susah, sakit terlantar baru ingat kat golongan ni???

Oh...sakit?? 
Misi ye?? 
Nurse?? 
Jururawat??

Well..yup. 12 May merupakan tarikh sambutan Hari Jururawat. Apa jua panggilan, ia adalah sebuah pekerja yang kini merupakan sebuah profession mulia yang menjadi pilihan kebanyakkan perempuan/wanita/awek/cewek dan juga golongan lelaki yang kini juga dilihat semakin ramai yang menceburkan diri dalam bidang kejururawatan.

Tak kisah pun kalau ramai yang tak tau tarikh 12 May adalah Hari Jururawat. Ingat nurse bila sakit je..ingat bila admit ward je..ingat bila pergi hospital je...betul tak? Time sihat buat apa nak ingat nurse kan? Huhuhu...bukan minta untuk dingati tapi minta untuk dihargai.

may be tak dihargai sebab jasa nurse tak macam cikgu kan?? nurse tak beri ilmu, tapi ingat, nurse beri penjagaan kesihatan, penjagaan perawatan, keperluan kesihatan kepada yang sakit. tanpa nurse, korang boleh sihat ke macam sekarang??

yup..ada yang menjawab sihat, sakit, hidup, mati bukan kerja nurse. semua ditangan ALLAH, tapi kita sebagai manusia harus berusaha untuk sihat. dan perlukan perkhidmatan mereka yang pakar. korang tau ke nak buat dressing?? tau ke nak beri minuman melalui ryle's Tube? semua ni perlukan khidmat nurse kan?? perlukan tunjuk ajar nurse kan?? doktor??  diorang lagi banyak kerja nak buat dari mengajar korang benda benda macam tu. tugas mereka merawat, bukan memberi nursing care.

so, apa kata sapa-sapa yang akan berurusan dengan klinik@hospital esok, nampak je perempaun pakai baju putih, ada line biru kat tudung@cap---->Gov Hospital, ucaplah SELAMAT HARI JURURAWAT. pastu tengok reaksi muka nurse tu, senyum manis tak lekang  kat muka dia. Korang kan suka bila nurse senyum je kat korang. sebab banyak sangat komplein pasal nurse...

hari tu saya pergi sebuah klinik kesihatan dekat rumah saya ni di __________.
nurse kat situ sombong, senyum sikit pon tak. saya yang sakit ni terus lagi sakit. harap kakitangan klinik kesihatan @ hospital boleh ambil tindakan ini.
-----pesakit klinik kesihatan----

biasa kan jumpa aduan macam ni. korang tak suka, nurse pun tak suka. so, apa kata sama-sama saling hormat menghormati antara satu sama lain. kalau nurse tu tak senyum, apa salahnya kita senyum kat dia. tak rugi pon kan...

kepada semua jururawat tak kira la yang bekerja dibawah KKM @ dari private hospital, SELAMAT HARI JURURAWAT...
BE A GOOD STAFF NURSE...



SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

5 comments:

  1. wahh. series hana tak tau before ni. hari jururawat pon ade ek.

    ReplyDelete
  2. Masuk sini sebab nak tgk gambaq tuh saja..HOT

    ReplyDelete
  3. selamat hari jururawat cik suhaiza ^_^

    ReplyDelete
  4. seksinya gambo misi tuuuuu yeeeeeeehuuuuuu

    ReplyDelete
  5. seksi nye jururawat tu :D haha :D

    ReplyDelete