Followers

Monday, May 16, 2011

good morning cikgu!!!


Assalamualaikum...
Hari ini, 16 Mei 2011 Isnin..semua orang akan ingat tarikh ni. nak-nak mereka yang bergelar pendidik. terima kasih cikgu. Hari ini kejayaan saya adalah atas didikan dari cikgu. 

tiba-tiba teringat time sekolah dulu. nakal tak nakal la, tapi agak femes berbanding dengan budak-budak lain yang sekolah kat situ. aku sekolah Convent..sekolah yang semua studentnya perempuan. dari darjah 1 sampai la tingkatan 5 kawan-kawan semua perempuan. so, tak ada nak bercinta bagai macam sekarang ni, tak ada tinggal note kat bawah meja. tapi, macam biasa la, hubungan terlarang dalam Islam selalu berlaku dalam sekolah macam ni. so, yang menerima cabaran adalah guru-guru kat sekolah ni. aku?? oh..not my taste. geli aku...yekkk. walaupun sesama jantina, tapi aku tak boleh nak adapt benda tu if ada pengkid yang kata nak jadikan aku couple. bukan nak membangga diri, ada, tapi aku tak boleh terima. tak pasal-pasal budak tu kena sound dengan aku.

okey, time sekolah dulu aku ada 6 orang kawan. kawan since dari form 1 lagi. semua cikgu kat sekolah tu kenal kitorang. semuanya gara-gara kes kena kejar dengan cikgu disiplin masa form 1 sebab suka hati makan kat belakang makmal lama. ekceli tu kawasan larangan. sebab bangunan tu dah lama n bahaya. so, tak ada sapa-sapa pun yang boleh pergi kat situ. kitorang bukan buat apa pun. lepak-lepak kat situ time rehat sebab kantin penuh. lagi pun time tu sekolah petang, angin kat situ memang best. tak macam kat kantin panas. nak dijadikan cerita, port tu jadi tempat kitorang berkumpul sebelum masuk kelas n time rehat. hampir 2 bulan kami beradu kat situ.

malang tak berbau...ceh..ntah pape!! tengah kitorang sedap-sedap makan keropok lekor, goreng pisang, jambu madu dan air sirap, tiba-tiba kitorang terdengar bunyi tapak kasut. time tu masing-masing pandang muka masing-masing dan diam.konon-konon tak nak bagi orang tu dengar la. dengan muka yang cuak, tiba-tiba tersembul muka cikgu disiplin. ingat lagi nama dia. Pn. Hajah Maimun. huhuhu.... kitorang ni pun apa lagi, tinggal segala makan dah lariiiiiiiii...memang tak cukup tanah la orang kata.. penat gila main aci kerja dengan cikgu disiplin tu. mana taknya dia bawak 3 orang pengawas. 

tiba-tiba:

'BAIK KAMU BERHENTI...'

ahhhh...kitorang terus lari n masuk kelas. duduk tempat masing-masing dan buat tak tau je. elok pulak time tu waktu rehat dah habis dan cikgu BI masuk. fuhhhh...nasib baik selamat. gelak bagai tak payah nak kata la....selama 15 minit pelajaran berjalan macam biasa. tapi kitorang memang tak duduk diam la. nak sembang tak boleh takot cikgu marah, so tulis kat kertas n pas-pas...ala2 SMS.. time dulu pi sekolah ne boleh bawak nset. tengah syok-syok ber'SMS' kuno tu,tiba-tiba speaker sekolah berbunyi....

DING DONG...... 
<tipu je..mana ada bunyi dindong ni..bunyi mikrofon rosak ada la>
 
SEMUA PELAJAR DIMINTA BERATUR UNTUK KE DEWAN...
TERIMA KASIH...
DING DONG....
<YANG NI PUN TIPU JUGAK....:p>

time tu aku dengan 6 orang kawan ni dah cuak dah. kalau ceramah pape ke mesti ada pengumuman sebelum masuk kelas pukul 1.00, tapi tak ada. sampai je kat dewan, guru disiplin naik pentas. mukadimah dia bercerita pasal peraturan sekolah dan pasal makmal sekolah yang lama tu. kitorang ni boleh lagi gelak-gelak. 

SIAPA YANG BERKELAH DEKAT MAKMAL LAMA TU TADI??
<SENYAP.....>

BAIK MENGAKU SEBELUM SAYA BUAT SOLAT SUNAT HAJAT DAN DOA YANG BUKAN-BUKAN UNTUK KAMU....!!!!!!

perghhhh...memang psyco la cikgu ni. hampir 10 minit diam je. tak ada sapa-sapa yang bergerak dan bersuara. kitorang ni sempat lagi la ber'meeting'...nak tak nak kitorang pun keluar dari barisan dan naik atas pentas. malu tak payah nak kata la..dan dalam masa yang sama dapat populariti...hahahah...sengal!!!...

kat atas pentas tu la kitorang disoal siasat. ngeh3...dah macam kes apa je. dekat 30 minit juga la dok kat atas pentas tu dengan semua orang tengok kitorang. macam ada persembahan teater pulak....menggong!!!...yang paling tak boleh terima bila cikgu tu kata:

KAMU SEMUA NI TAK TAKUT KE PERGI DUDUK DEKAT MAKMAL BERHANTU TU??

HAAAAAAAAA????????? 
BIAR BETUL????
<DEWAN BISING MACAM LALAT, SEBAB SEMUA TERKEJUT>

<ADA YANG KATA...EEEEE...TAKUTNYA>

lepas je cikgu kata tu, die pun bercerita la kisah 3 tahun yang lepas, hampir 3 buah kelas yang berhampiran dengan makmal lama tu tiba-tiba diserang histeria. menggigil beb kitorang dengar cerita tu. 3 tahun lepas??? time tu aku baru darjah 4....!!!hu3...

last-last nya, hukuman yang kitorang kena pergi bersihkan tempat makan kitorang tadi yang kitorang tinggalkan. kali ni pergi tempat tu dengan perasaan takut. bersih tak sampai 5 minit terus bala...itu la kali terakhir kami pergi tempat tu. dan sekaran, makmal tu still lagi ada kat situ. tak pernah berubah. dengar budak-budak yang sekolah kat situ kata, cikgu takut nak buat keputusan untuk robohkan ke tak sebab takut 'benda' tu marah....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sejak dari kejadian tula, aku dengan yang lain femes 1 sekolah. cikgu-cikgu pun kenal. kakak-kakak senior aku yang form 5 pun dah kenal kitorang. hi3...bila berkumpul ramai-ramai memang gelak sakan la bila cerita pasal ni....

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


4 comments:

  1. nakal gak ek..hehee...ija tlg saye ajar camne nak ubah setting kat comment form ni...yang awk tulis 0 tarian qaseh jari jemari mu..

    ReplyDelete
  2. hahahaha naseb baik xkne pape ek. ish2 nakal btol cik eija ni :P

    ReplyDelete