Followers

Tuesday, February 22, 2011

KAU + AKU: risau tak ada kawan.



Hye semua pembaca entry, pelawat blog, pengikut-pengikut, dan semua-semua la yang datang blog ni. Terima kasih yer. Dah singgah sini jangan lupa follow.dah baca entry jangan lupa drop komen.
haaaa…..ada lagi satu, jangan lupa click-click pe yang patot di click.
Hulurkan tangan ringgankan beban kata orang.
Hari ni nak bagi tips pada kamu semua yang risau tak ada kawan. Erm…seseuai la dengan adik-adik yang tengah tunggu result SPM tu. Ye la kot-kot nanti dapat masuk mana-mana IPTA@IPTS, so boleh la gunakan tips ni untuk mencari kawan yer.


Selalu kita kan dengar alasan-alasan macam ni ketika mula-mula nak masuk sesebuah kumpulan/memulakan sesebuah persahabatan.

1.saya seorang pemalu.Perangai saya ni la yang sebabkan pergaulan saya terbatas.
Kamu memang tergolong dalam seorang yang pemalu tapi jangan biarkan rasa malu dan rendah diri tu menganggu kehidupan seharian kamu. Ye..memang diakui bukan senang bagi kita yang pemalu nak masukkan diri dalam sesebuah kumpulan yang baru kita kenal. Apa yang penting, buang rasa malu dan rendah diri kamau tu. Kalau kamu nak tau, bukan kamu je yang ada rasa macam tu , ramai lagi.Kat sini ada tips untuk kamu yang pemalu:
  • amalkan sikap ringan mulut. Apa kata kamu yang mulakan dulu menegur kawan baru kamu tu.
  • mulakan hubungan tersebut secara perlahan-lahan.maksudnya kat sini, mulakan dahulu dengan sebuah senyuman yang ikhlas dan manis. Langkah ini dapat tarik minat orang untuk berkawan dengan kamu. Bila kamu yang mulakan dengan sebuah senyuman, ini menandakan kamu bukan seorang individu yang sombong dan orang akan tertarik dengan kamu dan akan datang menegur kamu. Tak percaya nanti buat yer.
  • elak dari sertai kelompok yang besar. Lagi baik bagi kamu yang pemalu ni mulakan dengan satu lawan satu.
2.lidah saya jadi kelu setiap kali untuk memulakan perbualan dengan orang yang baru saya kenal.
Masalah ni berlaku sebab kamu tak tau macam mana nak mulakan sesebuah perhubungan yang baru. Meh ni baca cara-cara untuk kamu yang dari bisu ni tadi terus jadi manusia yang normal..yang boleh bercakap
  • apa kata kamu Tanya soalan-soalan yang lebih kepada tentang diri kawan baru kamu tu..tanya la nama, asal dari mana,bla..bla..bla…
  • elak dari Tanya soalan yang jawapannya YA @ TIDAK. bIla kamu Tanya soalan macam ni, ia akan membantutkan perbualan. Topik yang korang sembang akan cepat berhenti. Apa kata kamu Tanya soalan-soalan yang membolehkan kawan baru kamu tu berhujah dengan panjang lebar.so, perbualan kamu akan menjadi berkembang.
  • jangan bersikap ragu-ragu untuk berbual tentang apa sahaja, asalkan tak sentuh benda-benda yang peribadi@soalan yang sebabkan kawan baru kamu tu marah@terkejut. Bila die dah bercerita jangan lupa jadi pendengar yang baik. Tu pun kalau kamu nak balasan yang sama la dari kawan baru kamu tu.
  • titkberatkan juga bahasa tubuh kamu masa kamu berbual.kamu kena tau yang setiap perlakuan kamu tu ada maksud yang tersirat. Contoh: silang kaki @ kerap menyentuh muka dan rambut masa berbual. Maksudnya kamu sedang menipu.
  • jaga ekspresi mata masa berbual.Jangan pula kamu tenung kawan kamu tu macam nak telan, takot lak kawan baru kamu tu nak bercerita.


3. jika rakan-rakan sedang berkumpul,saya jadi panic dan susah nak turut serta dalam kumpulan

  • buka topic perbualan yang melibatkan semua pihak.
  • jangan memonopoli perbualan. Kamu kena ingat ye, bagi kamu yang banyak cakap tu, sepatotnya Bantu kawan kamu yang malu-malu tu dengan libatkan diorang dalam perbualan kamu. Dan si mulut yang banyak bercakap tu jangan over yer. Mungkin ada sesetengah orang dalam kumpulan tu tak suka dengan cara kamu.
4.saya rasa semua orang lagi hebat dari saya.
Kamu kena sedar yang tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Salah satu cara unruk kamu dapat kawan dari masa ke masa ialah dengan:
  • buang tanggapan yang sedemikian. Selagi kamu berfikiran negetif, dah tentu benda ni akan ganggu perkembangan hubungan persahabtan kamu.
  • tanamkan rasa yakin pada diri agar lebih berkeyakinan untuk berdampingan dengan sape-sape je.
  • jangan terlalu fakir pasal tanggapan orang lain terhadap diri kamu.jangan jadi paranoid. Bila kamu terlalu memikirkan, padahal orang lain tak pernah nak peduli tentang penampilan kamu. So, tak payak nak pening-pening kepala dengan tanggapan yang korang reka-reka sendiri.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


12 comments:

  1. pemalu? Ye sarah pon ada juga masalah pemalu ni. Kalau stakat blogging ni sarah x la pemalu sebab x nampak muka. Kalau face-to-face mmg sangat pemalu kot. Berat sangat mulut nk mulakan dlu.

    sama2 kita berubah untuk menjadi ramah dan petah bercakap =)

    ReplyDelete
  2. bagus tips2 ko nih.. Klau semua orang btul2 ikut tips ko ni, nescaya takder orang yg berkesseorangan dalam dunia nih :p

    ReplyDelete
  3. ;') pandainye dia..mst rjin wat research ni...

    ReplyDelete
  4. @SaYraH WonDerLanD
    hahaha...sama la kita.tapi bila dh masuk kolej, dh kenal ngan ramai org..nk2 jd nurse kureng skit dh rasa malu tu...

    ReplyDelete
  5. @Siti Nur Amirah
    thx...xjgk rajin.melalui pembacaan, pemerhatian, n kisah2 org sekeliling...

    ReplyDelete
  6. hehe..
    betul2.. sikp pemlu tu tgi menggunung rsenye.. :D
    and thanks bagi tips2 tu! :)

    ReplyDelete
  7. salam..
    tip berguna..sesuai ngan keja misi..

    ReplyDelete