Followers

Monday, February 28, 2011

TAK NAK SAKIT: tak nak merokok

Assalamualaikum..
Salam hari isnin.Nampaknya ramai yang macam malas nak kerja hari ni. 
ye la..dah bercuti memang malas nak mula kerja kan...
huhuhu...bangun-bangun...segarkan diri.
tarik nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan.
haaaa....segarkan.
malas juga?
meh ni baca entry ni..kot-kot terbuka sikit minda dan timbul sedikit keinsafan 
(especially bagi yang merokok tu) 
tu nak berfikir kan...!!!!!

entry ni ditulis atas dasar sebab benda ni berlaku kat depan mata cik ieja.
semalam, tiba-tiba teringin nak makan BigMc.Tapi bila mengenangkan yang batu gajah ni tak ada McD, aku pun decide nak beli burger yang biasa jual kat store burger tepi jalan je. aku pun siap-siap dan keluar nek moto pergi beli burger.tak jauh pun..kat simpang nak masuk rumah aku je.
sampai kat store burger aku pun oder la

ABANG, BURGER DAGING SPESEL+SALAD LEBIH+MAYONIS LEBIH YER...
<sambil tersenyum manis>

tengah dok tunggu burger ni, datang la 1 group budak-budak nek moto. dari gaya diorang macam budak sekolah form 4@form 5.tapi budak-budak ni okey..jenis tak ada nak kacau-kacau perempuan.
tapi part yang aku tak suka bila part merokok.
boleh la pulak sebatang rokok tu share sampai 5 orang.main pas-pas lak rokok tu.
ingat nak tegur, tapi bila pikir balik..sat g diorang tunggu aku kat simpang lak..
mati aku.


huh..macam-macam dah kerajaan kita buat nak bagi kesedaran kat rakyat Malaysia supaya jangan merokok.kat kotak rokok pun dah siap tayang gambar-gambar yang menakotkan lagi, tapi langsung tak timbul rasa insaf tu.
erm..pelik betul.tak takut ke wahai perokok-perokok semua?????????

SETIAP SEDUTAN MEMBAWA PADAH. 
pernah dengar tak ayat ni?benda ni la yang selalu dilaung-laungkan dalam tv, dekat radio, kat tepi-tepi jalan pun ada.tapi sejauh mana kesedaran kita yang terus kekal merokok walaupun masing-masing dah tau yang merokok tu merbahayakan kesihatan?jangan ingat orang yang menghisap rokok je yang akan terima padah..orang yang menghidu asap rokok tu lagi berisiko tinggi dapat penyakit merbahaya kesan dari asap rokok tu.
'tak macho la kalau tak merokok'
'meroko lambang lelaki sejati'
'kalau tak meroko boleh mati woooo'
<tengkorak hang>
banyak la tak macho..lelaki sejati konon.
wei..ni akak nak bagitau ni, korang ingat awek korang suka sangat ke korang merokok.kalau ada awek korang yang suka korang merokok tu tanda diorang nak korang mati cepat. senang diorang nak cari boyprend lain..
tau tak...
Macam-macam alasan yang selalu diberikan. Tapi kamu semua tak sedar ke yang merokok merupakan salah satu penyebab yang nyawa kamu diambang wati bahaya.
wahai perokok-perokok tegar sekalian, bacalah entry ni sehingga tamat.kemudian cari jawapan sama ada nak teruskan atau tidak aktiviti merokok ni.bagi yang ada kesedaran nak berhenti tu, teruskan usaha.percaya la..niat murni anda tu ada insan-insan tersayang disekeliling yang menyokong.

KESAN JANGKA PENDEK MEROKOK TERHADAP ORGAN DALAMAN BADAN ANDA.
  • otak: akibat pembebasan karbon monoksida dan pengurangan oksigen, otak tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan seseorang itu diserang strok yang mampu membawa kepada kematian.
  • telinga: boleh menjejaskan @ menyebabkan hilang pendengaran (pekak) kerana kekurangan kadar pengaliran darah.
  • mata:gangguan penglihatan boleh berlaku termasuklah radang mata dan mata sering berair.
  • mulut:nafas berbau dan menerbitkan rasa yang tidaksedap pada bibir, lidah dan tekak.juga menyebabkan kerosakan teruk pada gigi dan gusi.Boleh menyebabkan kanser mulut dan tekak.
  • kulit: kulit cepat berkedut dan menjejaskan suhu badan.
  • paru-paru: kesukaran bernafas dan mengurangkan tenaga.
PENYAKIT-PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ROKOK
  • kanser paru-paru: asap rokok mengeluarkan hampir 4000 bahan kimia beracun dan 53 daripada bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Meroko menambah risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ini merupakan kanser yang paling kerap di alami oleh orang lelaki dan berkait rapat dengan tabiat merokok.jika mengalaminya, peluang untuk sembuh amatlah tipis.

  • penyakit jantung & strok: merupakan satu daripada 3 penyebab utama kematian di dunia.kedua-dua penyakit ini boleh juga mengakobatkan sudden death @ kematian mengejut.bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya dan menyebabkan 10-12 % kematian.kesan nikotin yang disebabkan oleh rokok merosakkan salur darah.dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit dan aliran darah akan menjadi sukar. ini menyebabkan darah yang memabwa oksigen tidak sampai ke otak.
  • mati pucuk:berlaku akibat kurang pengaliran darah ke penis sehingga ereksi tidak berlaku.kualiti sperma juga akan terganggu menyebakan penghasilan sperma tidak sempurna dan tidak sihat ini akan menyebabkan kemandulan.
  • osteoporosis: berlaku akibat karbon monoksida yang terdapat dalam asap rokok yang dapat mengurangkan daya aliran oksigen dalam darah perokok sebanyak 15%. Ia menyebabkan kerapuhan tulang sehingga mudah patah dan memerlukan masa yang lama untuk sembuh. sakit tulang belakang juga mudah berlaku.
BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM SEBATANG ROKOK

click pada pic untuk tumbesaran.
INI FAKTA BUKAN AUTA
  • Negara menanggung RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti yang sakit akibat merokok atau menghidu asap rokok.
  • di Malaysia merokok meyumbang kepada 10 000 kematian dalam setahun iaitu 30% daripadanya disebabkan oleh 10 jenis kanser dan 50% berpunca daripada stroke dan sakit jantung.selebihnya disebabkan penyakit-penyakit lain yang disebabkan oleh merokok.
  • di seluru dunia, 8 minit sekali, 1 kematian dilaporkan berlaku akibat merokok.ini bermakna 2.2 juta kemtian dalam setahun..
  • united states surgeon general telah membuktikan bahawa perokok lelaki akan meninggal dunia 13.2 tahun lebih awal berbanding mereka yang tidak merokok.
  • perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok yang datang daripada perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap yang disedut oleh perokok aktif. Kanak-kanak yang terdedah asap rokok boleh mengalami pelbagai risiko masalah kesihatan.
Sama-sama kita fikirkan.
BERHENTI MEROKOK.KALAU BUKAN UNTUK DIRI SENDIRI LAKUKAN UNTUK INSAN-INSAN TERSAYANG YANG ADA DISEKELILING ANDA.

SEKIAN
ASSALAMULAIKUM

p/s:sumber diperolehi daripada google dan ilmu yang ada semasa study. thx to all my lecturer...
miz u all so much....

7 comments:

  1. haaa btol 2 . sokong3 :)) nk mti cpt agknye prokok2 ni . huhu

    ReplyDelete
  2. mengikut bancian yang dibuat merokok sambil berak adalah yang paling enak sekali..

    ReplyDelete
  3. hehehe laki biasalah ..yg dah nak habes pun siap share lagi rokok tu ish2 kena penyakit berjangkit baru tahu

    ReplyDelete
  4. @sharifahzakiah
    tu la..xda kesedaran lagsung.
    mulut ag mcam naga da la...
    berasap jew...

    ReplyDelete
  5. @diana
    amboiiii...sejak bila jd tukang banci rokok ni?
    mulut abg lan macam naga x?
    hahahahaha......

    ReplyDelete
  6. @Qaseh dalia adelia
    tau xpew...buatnye kawan die ada penyakit tb baru tau...

    ReplyDelete
  7. plg xsuka tgk bdk sekolah merokok..dah comfirm guna duit makbapak dieorg..

    ReplyDelete